Contoh Kertas Kerja Program Kecemerlangan Spm
KERTAS KERJA PROGRAM GILAP PERMATA SPM 2011 PANITIA BAHASA MELAYU 1.0 PENDAHULUAN Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Akta tersebut mewajibkan Bahasa Melayu diajar 6 waktu seminggu di peringkat sekolah menengah. Namun, kepentingan belajar Bahasa Melayu sering dipandang mudah oleh kebanyakan generasi muda pada hari ini walau pun mata pelajaran ini dijadikan syarat wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu juga menjadi kayu pengukur kecemerlangan sesebuah sekolah. Untuk memastikan kecemerlangan sekolah, emosi para pelajar perlu diutamakan, justeru menyedari akan hakikat ini, Panitia Bahasa Melayu bersetuju untuk menamakan program ini sebagai Program Gilap Permata BM SPM 2011 iaitu mengadakan kelas tambahan untuk calon-calon pelajar cemerlang SPM dengan bimbingan guru.
Kertas kerja program jom skor a 1. 1 KERTAS CADANGAN PROGRAM JOM SKOR A Pendahuluan Pengesanan awal terhadap sebarang kelemahan pada diri pelajar amat perlu dalam membimbing mereka menyedari betapa perlunya tindakan susulan yang perlu diambil bagi mengatasinya.
2.0 RASIONAL Memandangkan kuantiti pelajar yang lulus sukar dicapai kerana beberapa faktor, maka program ini diharap dapat meningkatkan kualiti pencapaian A dalam SPM 2011. Program ini perlu untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar yang disasarkan cemerlang SPM. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru bagi menimbulkan rasa selesa kepada pelajar dan memudahkan guru untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek kelemahan pelajar dengan lebih terperinci setelah komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua-duanya wujud kerana kumpulan pelajar yang kecil. Sage 50 accounts 2013 serial number activation key. 3.0 TEMA “ Murid Cemerlang, Sekolah Gemilang” 4.0 MATLAMAT 4.1 Melahirkan pelajar cemerlang Bahasa Melayu. 4.2 Meningkatkan prestasi Panitia Bahasa Melayu 5.0 OBJEKTIF 5.1 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. 5.2 Mengesan kelemahan pelajar supaya dapat mengambil tindakan awal memperbaiki prestasi. 5.3 Mengatasi kesilapan yang mudah dilakukan.
5.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dalam menjawab soalan peperiksaan. 5.5 Meningkatkan kualiti pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
6.0 TARIKH 6.1 Program Gilap Permata BM SPM akan bermula pada minggu ganjil Mac sehingga Oktober 2011, pada setiap hari Jumaat dari jam 3.00 petang sehingg 4.30 petang. 7.0 TEMPAT Rujuk Lampiran 1 8.0 SASARAN 8.1 Calon cemerlang Panitia Bahasa Melayu SPM seramai 62 orang Rujuk Lampiran 1 9.0 KEWANGAN Peruntukan Panitia Bahasa Melayu anggaran RM 415.00 untuk membeli Buku Latihan SPM Bahasa Melayu dan hadiah galakan. Sila rujuk lampiran 2. 12.0 ORGANISASI Sila rujuk Lampiran 3 (i) dan 3(ii) 13.0 TENTATIF PROGRAM PERJUMPAAN HARI & MASA AKTIVITI Perjumpaan Jumaat (Selepas waktu sekolah) 3.00 – 4.30 petang - Kelas Tambahan Terancang - Perjumpaan Individu 14.0 PENUTUP Objektif program ini sungguh murni dan rasional. “ Jika kita tidak dapat menjadi suria menerangi alam semesta pada waktu siang hari, cukuplah kita mampu menjadi bintang menerangi dan memandu pengembara di padang pasir pada malam hari”, rentetan daripada kata-kata menarik itu adalah diharapkan Program Gilap Permata Bahasa Melayu SPM mampu menjadi wadah dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.
LAMPIRAN 2 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM GILAP PERMATA BAHASA MELAYU SPM 2011 Pendapatan 1. Peruntukan mata pelajaran teras Panitia Bahasa Melayu & Kecemerlangan Negeri Melaka. Perbelanjaan 1. Buku Latih-Tubi BM SPM RM4.50 senaskah 70 naskah RM315.00 2. Hadiah Galakan RM100.00 Jumlah Anggaran Keseluruhan RM415.00 LAMPIRAN 3 (i) JAWATANKUASA KERJA PROGRAM GILAP PERMATA BAHASA MELAYU SPM 2011 Pengerusi: Tuan Haji Zolkaply Bin Yunus Pengetua SMK Tun Mutahir Naib Pengerusi: Pn.Hjh.Kamariah Bt.
Othman Guru Penolong Kanan Kurikukulum SMK Tun Mutahir Penyelaras: Puan Latifah Bt. Hassan Guru Kanan Mata Pelajaran ( Bahasa ) SMK Tun Mutahir Setiausaha: Puan Zawiyah Binti Mohd Ketua Panitia Bahasa Melayu Guru Pembimbing: 1.